![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2022/12/1.png)
![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2022/12/2-1-e1672168418971.jpg)
![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2022/12/all.png)
Info & Sejarah
Selepas kewafatan Syeikh Ahmad pada tahun 1908 M dan ada riwayat mengatakan 1909 M di Mina, setelah Tok Kenali belajar dengan beliau selama 22 tahun. Ketika itu umur Tok Kenali 40 tahun telah pulang ke tanah melayu dengan hanya membawa dua buah kitab sahaja iaitu Tafsir Al-Khazin dan Mughni Labib (Nahu).
Sekembalinya dari Makkah dalam tahun 1909, Tok Kenali mula mengajar di rumahnya sendiri. Setelah itu, pondok pertama didirikan di Kampung Paya Kelantan. Pembinaan pondok ini menjadi pencetus kepada pembinaan pondok-pondok lain di seluruh Negeri Kelantan. Tahun 1917, beliau menjadi Ketua Guru di Masjid Besar Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan. Antara kitab dibacanya Kitab Nahu Syuzur Zahab dan Syarah Ibnu Aqil ; bab Feqah kitab Baijuri dan kitab Al-Iqna’.
Beliau menjalankan pengajaran di Masjid Tok Kenali yang pada ketika itu diperbuat daripada kayu tanpa dinding ditepinya kecuali bahagian depan mimbar untuk menyusun kitab dan Al-Quran. Kelas yang dijalankan sepenuhnya di atas masjid itu dihadiri oleh pelajar tempatan, luar negeri Kelantan dan ada yang datang dari Thailand dan Kemboja. Ditepi masjid terdapat perigi yang masih wujud sehingga kini yang menjadi tempat mandi Tok Kenali dan pelajar lelaki serta menjadi sumber air utama pelajar dan penduduk tempatan. Pondok-pondok kecil didirikan disekeliling masjid sehingga ke kampung bersebelahan yang menjadi tempat tinggal pelajar-pelajar Pondok Tok Kenali. Ada juga pelajar yang datang belajar secara harian dari daerah lain sekitar Kelantan.
Rumah Tok Kenali yang bersebelahan masjid turut menjadi tumpuan pelajar untuk memberikan khidmat kepada guru serta menghadiri majlis ilmu. Selain pelajar dari golongan remaja dan dewasa pelajar dari golongan kanak-kanak juga dihantar oleh ibubapa jauh dari negeri lain untuk belajar agama. Turut diceritakan anak bekas pelajarnya bahawa terdapat empat beradik yang masih kecil datang dari Terengganu untuk belajar agama dengan Tok Kenali. Adik bongsu beradik itu tinggal bersama keluarga Tok Kenali, dibesarkan dididik dan dilayan dengan kasih sayang sehingga mereka pulang ke negeri mereka dan menyampaikan ilmu kepada orang lain.
Setelah kewafatan Tok Kenali, pondok pengajian beliau disambung oleh anak sulungnya iaitu Haji Ahmad atau dikenali sebagai Tok Bakok dan seterusnya cucunya Ustaz Hj Mawardi bin Ahmad dan Hj Lokman bin Ahmad. Setelah agak lama sepi bermula tahun 2011 Pondok Tok Kenali telah dibangunkan semula pengajian dan infrastruktur oleh cicitnya iaitu Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi bin Wardi.
Keperibadian
Tok Kenali atau nama sebenarnya adalah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad adalah seorang tokoh agama yang sangat disegani di Malaysia dan negeri Kelantan khasnya. Beliau turut digelarkan dengan panggilan nama Haji Awang Kenali. Perkataan ‘Tok’ adalah sebuah gelaran yang sangat dihormati di Kelantan seperti Tok Qadhi, Tok Hakim, Tok Guru, Tok ‘Alim, Tok Lebai, Tok Imam, Tok Khatib, Tok Bilal, Tok Pendekar dan lain-lain. Beliau diberikan gelaran ‘Tok Kenali’ adalah kerana ketokohan agama yang dimiliknya yang dikenali pelusuk nusantara pada sekitar tahun 1911 sehingga 1933.
Menyentuh tentang keperibadian luhurnya, beliau mempunyai ketinggian hidup rohaniah, zuhud serta tekun beribadat. Tidak mementingkan kehidupan dunia, hidup berkasih sayang, bertimbang rasa dan sentiasa merendah diri.
Sejarah Kelahiran
Tok Kenali dilahirkan pada 21 Safar 1287 bersamaan 22 Mei 1870 di Kampung Paya Kubang Kerian Kelantan, Malaysia. Reputasi Tok Kenali terletak pada keperibadiannya yang luhur dan keberkatan ilmu ajarannya. Beliau diakui “alim melaut” dalam paramasastera Arab sehinggakan digelar “Si Bawaih Melayu”, Bahkan bidang ini jugalah yang lebih berbanding guru-guru pondok lain sezamannya.
![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2022/12/Tok-Kenali.jpg)
Institusi Terkini Yang Diuruskan
Let the light
shine
![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2021/05/feature-imgs1.png)
Fast Delivery
![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2021/05/feature-imgs2.png)
Special Discount
![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2021/05/feature-imgs3.png)
Secure Checkout
![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2021/05/feature-imgs4.png)
30 days Returns Policy
![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2021/05/service-icon1.png)
Free shipping
Volutpat sit amet leo id, efficitur mat turpis. Dunec bibendum esroin ligula nisl, matt ollicitudin and magna rhon venena ipsum efficitur.
![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2021/05/service-icon2.png)
Money guarantee
Volutpat sit amet leo id, efficitur mat turpis. Dunec bibendum esroin ligula nisl, matt ollicitudin and magna rhon venena ipsum efficitur.
![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2021/05/service-icon3.png)
Fast delivery
Volutpat sit amet leo id, efficitur mat turpis. Dunec bibendum esroin ligula nisl, matt ollicitudin and magna rhon venena ipsum efficitur.
![](https://pondoktokkenali.com/wp-content/uploads/2021/05/service-icon4.png)
24 x 7 free Support
Volutpat sit amet leo id, efficitur mat turpis. Dunec bibendum esroin ligula nisl, matt ollicitudin and magna rhon venena ipsum efficitur.